Minat Kaum Sejenis, Miley Cyrus Sah Bercerai!

Biarpun usia perkahwinan baru menginjak lapan bulan, selebriti Hollywood Miley Cyrus disahkan bercerai dengan pelakon, Liam Hemsworth.

 

Gambar: vanityfair.com

 

Hubungan yang terjalin lebih 10 tahun itu musnah apabila Miley difahamkan kembali kepada sikap lamanya iaitu tertarik dengan kaum sejenis.

 

Miley sebelum ini mengakui yang beliau adalah biseksual dan mengahwini Liam adalah salah satu langkah terbaik bagi mengubah nafsu peliknya itu.

 

Walau bagaimanpun, gempar di seluruh pelusuk dunia apabila foto Miley dilihat berkelakuan sumbang yakni bercumbuan bersama Kaitlynn Carter di sebuah resort mewah di Danau Como, Italia tersebar.

 

 

Gambar: au.lifestyle.yahoo.com

 

Lebih mengecewakan, perkara tersebut berlaku sehari sebelum penyanyi itu mengumumkan berita penceraiannya.

 

Liam yang dibesarkan dalam keluarga yang konservatif penuh tradisi itu turut merancang mahukan anak dalam masa terdekat, namun Miley dikatakan mengamalkan kehidupan yang bebas serta mempunyai pemikiran yang berbeza.

 

Dengan kata lain, punca perpisahan yang sebenar masih belum diketahui kerana kedua-dua mereka dikhabarkan tidak mengeluarkan apa-apa kenyatan berhubung isu berkenaan.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link
Powered by Social Snap