MENANGI Tiket Khas Ke Previu Konsert Soul Sisters Gabungan Suara Noryn Aziz, Misha Omar Dan Siti Sarah

Tiga suara hebat ini sedang mencari peminat bertuah! Mungkin anda boleh jadi individu bertuah tersebut. Hanya ikuti langkah mudah di bawah.

 

 

Konsert Soul Sisters yang bakal menggegarkan Panggung Sari di Istana Budaya pada bulan April ini kini sedang mencari peminat bertuah yang mana akan berpeluang untuk menyaksikan konsert previu secara eksklusif.

 

Bukan itu sahaja, malah peminat bertuah ini juga akan dapat beramah mesra dengan ketiga-tiga penyanyi ini. Adakah anda peminat bertuah yang mereka cari? Langkah menyertai mudah sahaja!

 

Langkah 1

Ambil gambar bersama kawan anda dengan membuat gaya seperti trio Soul Sisters.

 

Langkah 2

Muat naik gambar tersebut di laman Instagram berserta hashtag #SoulSistersConcertChallenge di ruangan kapsyen.

 

Pemenang akan dipilih sendiri oleh Noryn, Misha dan Siti Sarah. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di akaun Instagram rasmi konsert di sini. Konsert ini bakal berlangsung selama dua malam iaitu pada 5 dan 6 April 2019. Ia merupakan produksi pertama Edd Razhe Entertainment (ERE).

 

Tiket ke konsert Soul Sisters ini boleh didapati di www.airasiaredtix.com pada harga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond), RM355 (Platinum), RM255 (Gold) dan RM155 (Silver).

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link
Powered by Social Snap