BTS Umum Rehat Panjang, Mohon Tidak Diganggu Peminat

Kumpulan K-Pop tersohor BTS mengumumkan mereka bakal berehat dalam tempoh yang panjang daripada arena muzik.

 

Gambar: koreanarea.com

 

Menurut Pengurus agensi Big Hit Entertainment yang mengendalikan BTS dalam satu kenyataan pada Isnin lalu berkata, tempoh berehat itu adalah untuk memulihkan semangat sebelum kembali beraksi sebagai pemuzik dan penggubah.

 

“Ia juga masa untuk mereka menikmati kehidupan seharian sebagai jejaka di usia 20-an.

 

“Jika anda terserempak dengan BTS di lokasi yang tidak dijangka, kami mohon pertimbangan peminat untuk membiarkan anggota kumpulan ini sendirian,” tambah agensi itu.

 

 

Malah, kehilangan mereka juga dianggap hanya seketika kerana BTS difahamkan bakal mengadakan konsert jelajah mereka di Riyadh, Arab Saudi pada 11 Oktober ini.

 

Meskipun sudah enam tahun bertapak dalam arena muzik, ini merupakan kali pertama BTS yang dianggotai tujuh jejaka Korea itu mengumumkan berehat seketika.

 

Gambar: etcanada.com

 

Untuk rekod, BTS atau Bangtan Sonyeondan yang bermaksud Bulletproof Boy Scouts mempunyai peminat yang digelar ARMY di seluruh dunia dan menjadi kumpulan K-pop pertama yang berjaya mengungguli carta Amerika Syarikat dan Britain.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link
Powered by Social Snap