Kotek Lancar Edisi Terhad Batik!

Teks : Nor Azliany

Sempena dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019, Kotex jenama terkenal  penjagaan wanita telah melancarkan Kotek edisi terhad Batik. Edisi terhad ini melambangkan satu inisiatif yang mana fungsi dan fesyen disatukan untuk menyerlahkan aura menawan dan keyakinan kaum wanita.

Edisi terhad Kotek batik ini mengabungkan rekaan kreatif artisan-artisan dari Batik Boutique dengan menawarkan rekaan pelbagai warna yang terang, berani serta menampilkan rekaan motif-motif halus yang melambangkan identiti batik Malaysia.

 

Batik Boutique merupakan sebuah perusahaan sosial yang bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Kerjasama dengan Batik Boutique merupakan satu impak positif daripada pergerakan global #SHECAN Kotex® yang bertujuan untuk memperkasakan kaum wanita untuk mencapai apa jua kejayaan yang diidamkan.

 

#SHECAN FUND telah dilancarkan di Malaysia pada tahun lalu untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita dan gadis muda untuk mengecapi kejayaan dalam pelbagai bidang yang kurang diwakili oleh wanita, baik dalam bidang seni, pendidikan, mahupun keusahawanan.

 

Selain itu Kotex® akan menampilkan rangkaian Batik Edisi Terhad Kotex® secara eksklusif di pentas peragaan semasa Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang berlangsung dari 21 hingga 25 Ogos 2019.

 

Edisi terhad Kotek batik ini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara dan didatangkan dengan satu aksesori fesyen iaitu satu beg kantung yang direka khas untuk edisi terhad ini.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link
Powered by Social Snap