Tip Memakai Denim

Pemakaiaan denim tidak lagi terhad dengan seluar jeans sahaja. Seiring dengan kemodenan fesyen, denim kini telah dipelbagaikan helaiannya. EH! berkongsi sedikit tip memakai denim:

 

tip memakai denim 1

 

Denim sesuai untuk gaya kasual dan semi formal. Elakkan memilih rona lusuh dan ekef koyak untuk semi formal. Tampil kemas dengan denim biru dipadankan dengan aksesori yang tidak terlalu menonjol.

 

tip memakai denim 2

 

Pemakaian denim atas denim boleh, tapi pilih perincian atau rona yang berbeza. Lebih menarik jika kamu padankan dengan baju atau seluar berpotongan unik untuk tampil lebih relaks.

 

tip memakai denim 3

 

Tahukah anda makin lama usia denim makin tampak bernilai? Jadi, untuk memulakan musim baru, gandingkan denim musim lepas dengan item yang atau aksesori yang bakal hit musim depan contohnya seperti pepaku, kulit dan rona hitam.

 

tip memakai denim 4

 

Untuk look yang lebih klasik dan santai, cukup sekadar seluar denim dan kameja-T atau kameja putih. Pointed heels bagi perempuan, dan ankle boot buat lelaki boleh menyuntik elemen seksi tanpa perlu mendedahkan bahagian tubuhmu.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link
Powered by Social Snap